Teman yang selalu ada dengan aku tidak kira senang atau susah..hehe

Thursday, 24 January 2013


Nospan tu benda apa ???

Hari ini aku nak berkongsi sikit ape itu Nospan @ ubat yang pernah aku ambil masa zaman sekolah tetapi hanya sekejap sahaja. haha.

Ubat yang aku maksudkan ialah ubat yang selalu disalahgunakan oleh remaja khususnya remaja melayu . Ubat itu famous dengan panggilan Nospan.

Daripada maklumat yang aku perolehi Nospan ini kandungannya ialah Dextromethorphan . Panjang betoi nama kimianya kalau nak pendek kita panggil Dextro ajelah. Kegunaan utamanya ialah untuk merawat penyakit batuk kering yang sangat teruk. Ubat ini jika diambil mengikut dosnya yang betul tak bahaya pun , side effect mungkin drowsy atau lali macam kita minum ubat batuk.

Ada banyak brand ubat batuk yang mengandungi dextro salah satunya yang aku sebut atas tadi iaitu Nospan. Sediaan ubat batuk dextro ni ada yang berbentuk pil serta dalam bentuk sirap pun ada dan mudah didapati di klinik swasta dan juga di farmasi swasta.

Yang menjadi masalah dengan ubat ini ialah jika diambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan sipengambilnya akan jadi excited atau teruja ataupun syok terlajak. Disebabkan ia mudah didapati menjadikan ia satu produk yang hot di kalangan remaja. Lagi satu pil ini boleh menyebabkan mereka ketagih dan ini merupakan langkah awal mereka untuk terjebak di dalam alam ketagihan dadah.

Baru-baru ini masuk dalam paper tentang penahanan beberapa orang pelajar sekolah di Pulau Pinang bersama-sama sejumlah kuantiti pil Dextro. Yang tak kena tangkap kita tak tau banyak mana.


Dengan harga semurah RM1, pelajar dan remaja semuda usia 13 tahun di negeri ini mampu membeli pil palang atau lebih dikenali di sini sebagai pil nospan.  Pil yang dikenali dengan nama saintifiknya Dextromethorpan HBr ini pada mulanya digunakan bagi merawat batuk kering namun kerana kesan sampingannya yang mampu membuatkan penagihnya pening, khayal, keliru dan murung menyebabkan ia lebih digemari remaja. 

1 comment:

  1. The Casino (Casinos in Henderson, NV) - Mapyro
    The Casino in Henderson, NV is a casino and hotel 강릉 출장샵 located 상주 출장안마 in downtown Las Vegas, 의정부 출장샵 in Nevada. 군포 출장마사지 Location: 8 Highway 50. Casino 당진 출장안마 type: Video Gaming.

    ReplyDelete